W A J A H
Allah ta'ala tidak mencipta wajah ku sama seperti umi & bapa semata atas alasan saintifik .
Aku pasti bahawa wajah aku dilukis begini
supaya setiap kali aku renung cermin,
aku lihat umi & bapa.
Lalu tidak kira kemana aku pergi,
Manusia apa aku jadi,
aku membawa umi & bapa aku sekali.
Dan bila aku semakin tua,
wajah ini semakin iras seperti umi & bapa ,
kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada..
dan Allah tahu kita rindui ..
kita akan lihat wajah mereka..
| r i n d u | s a y a n g | c i n t a |